Kamis, 18 Agustus 2011

Wan Aishah binti Wan Ariffin



Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara solo.

Kerjaya Seni

 

Permulaan

Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".
Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalamjurusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.
Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.
Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - Sensation dan Respect The Beat.
Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

 

 

Kemuncak Solo

Kemunculan album solo studio pertamanya Aishah adalah pada tahun 1990. "Aishah" terbitan Adnan Abu Hassan memuatkan 10 lagu termasuk satu instrumental Camar Yang Pulang. Malah, untuk membuktikan kehebatannya mendendangkan lagu Melayu, Aishah menampilkan dua lagu berirama Melayu asli - Bahtera Merdeka dan Syurga Di Telapak Kaki Ibu - dalam album itu. Hasilnya didapati memang luar biasa.
Album ini turut mengangkat nama dan muzik yang dibawa Adnan Abu Hassan dalam arus industri muzik tempatan pada masa itu. Semua sembilan lagu dalam akbum itu hebat, namun Janji Manismu, ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah paling mendapat tempat di hati pendengar.
Lagu itu dinobatkan Juara Lagu 1990 anjuran TV3 dengan mengalahkan "Suci Dalam Debu", Iklim dan "Sejati", Awie.
Fenomena Aishah berterusan apabila meraih kejayaan sebagai Artis Paling Popular dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Salem, Berita Harian dan RTM. Aishah turut memenangi anugerah Penghibur TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa anjuran RTM.
Mengikuti kejayaan itu, muncul pula album keduanya, Aishah II terbitan Adnan Abu Hassan pada 1991 yang meletup dengan lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga". Tahun yang sama, Aishah muncul dalam filem Syakila bersama Rahim Maarof dan Kuza. Walaupun berbakat sebagai pelakon, itulah sahaja satu-satunya lakonan Aishah dalam filem.
Seterusnya Aishah tampil pula dengan album Aishah III - Asia Sedunia (1992). Lagu yang popular masa ni "Selanjur Bercinta". Malangnya, tahun itu juga Aishah dan anggota The Fan Club mengumumkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman.
Album Wajah membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu Cinta Beralih Arah (ciptaan Jari dan lirik Habsah Hassan) menjadi Juara Lagu 1995. Lagu itu turut memenangi kategori Balada. Aishah pula menerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu itu.
Pada tahun itu, Aishah menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.

Album

Album Studio

  1. Aishah & The Fan Club - Respect The Beat (1989)
  2. Aishah (1990) terjual sebanyak 250,000 unit
  3. Aishah II (1991)
  4. Aishah III: Asia Sedunia (1992)
  5. Klasik (1994)
  6. Wajah (1995)
  7. Merenung Bulan (1996)
  8. Tiada Duka Untuk Apa (1997)
  9. Tiada Akhirnya (1998)
  10. Pulanglah Perantau (2000)
  11. Kurnia (2006)
  12. Anak (2010)

Album Kompilasi

  1. Memori Klasik (1996)
  2. No 1 Pop & Klasik (2003)
  3. Keunggulan (2006)

Album Lain

  • Sensation (1988) - bersama kumpulan Fan Club
  • Respect the Beat (1989) - bersama kumpulan Fan Club

Lagu

  • Janji Manismu
  • Camar Yang Pulang
  • Melukut Di Tepi Gantang (lagu tema drama Seputih Qaseh Ramadhan di TV3)
  • Kemaafan Dendam Yang Terindah
  • Selanjur Bercinta
  • Seloka Rindu
  • Bayangan
  • Merenung Bulan
  • Cinta Beralih Arah
  • Doa
  • Syurga Di Telapak Kaki Ibu
  • Bahtera Merdeka
  • Pulanglah
  • Tiada Lagi Tangisan (nyanyian asal oleh Misha Omar)
  • Cinta Beralih Arah (Juara Lagu TV3 1995)
  • Kurnia
  • Berikan Harapan
  • Kasihnya Balqis
  • Hanya Kernamu
  • Ayah
  • Hanakage (lagu Bahasa Jepun)

Anugerah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar